Azmizam Zaman Huri
Membina Insan Mencemerlangkan Kehidupan

Dec
13

Saya adalah Jutawan… Begitu juga anda… Adakah anda sanggup menjual mata, tangan atau kaki serta lain-lain pancaindera anda untuk satu billion? Saya tidak akan menjualnya… Saya kaya kerana saya memiliki anugerah tersebut yang sangat istimewa yang membolehkan saya menghargai anugerah tersebut… Fikir-fikirkanlah…

Aug
17

Semua Insan yang dilahirkan di dunia mempunyai banyak persamaan. Namun banyak perbezaan dilihat apabila insan-insan membesar dan memulakan penghidupan.

Persoalannya ialah mengapa terdapat perbezaan ini? Jawapannya sudah tentulah berbeza kerana setiap insan mempunyai sikap yang berbeza-beza walaupun mempunyai hasrat dan impian yang sama iaitu keinginan untuk maju dan berjaya di dalam kehidupan.

Untuk berjaya setiap insan hendaklah mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1. Anda hendaklah sentiasa bersedia menempuhi segala cabaran dan halangan demi untuk mencapai sebuah impian.

2. Penuhkan jiwa dengan semangat kental tanpa kenal erti penat, jemu dan kalah.

3. Mampu untuk berdiri sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain terlebih dahulu.

4. Mempunyai keyakinan diri boleh mencapai apa saja tanpa ada sebarang alasan.

5. Sentiasa berfikiran positif.

6. Bertindak dengan agresif dan sentiasa dahagakan kejayaan.

7. Sentiasa segera dalam segala hal

Oleh itu fikir-fikirkanlah. Pilihan ditangan anda sama ada nak berjaya atau sebaliknya… Bertindaklah…

Aug
07

TIDAK KIRA DALAM KEADAAN APA SEKALI PUN ANDA BERADA, JADIKANLAH SETIAP SESUATU ADALAH PERKARA YANG TERBAIK DALAM MINDA FIKIRAN ANDA. SAMBIL ANDA LAKUKAN, ANDA MENARIK LEBIH BANYAK PERKARA YANG TERBAIK KEPADA DIRI ANDA. BERFIKIRAN POSITIFLAH PADA SETIAP MASA DAN INI AKAN MENARIK LEBIH BANYAK PERKARA POSITIF KEPADA DIRI ANDA.

KEKUATAN ANDA BERADA DALAM PEMIKIRAN ANDA. TUGAS ANDA IALAH FIKIR DAN IMPIKAN APA YANG ANDA MAHU MENJADI BERLAKU DAN  SELEPAS ITU  ANDA AMBIL TINDAKAN DENGAN PENUH KESUNGGUHAN DAN INSPIRASI. AMBILLAH TINDAKAN YANG MENYERONOKKAN ANDA UNTUK MEMASTIKAN IMPIAN ANDA MENJADI KENYATAAN.

DUNIA INI SENTIASA MENYEDIAKAN RUANG KEPADA SESIAPA YANG MELAKUKAN TINDAKAN YANG MENUNJUKKAN DIA TAHU KEMANA DIA HENDAK PERGI.

ANDA HIDUP… ANDA BERANI… ANDA PASTI BERJAYA…

Aug
06
Aug
05

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebagai seorang insan biasa memang saya tidak menafikan, kadang2 saya sendiri pun sering didatangi oleh perasaan-perasaan dan fikiran-fikiran negatif yang boleh mengganggu fokus dan tumpuan saya dalam menjalankan aktiviti-aktiviti seharian untuk mencapai impian dalam kehidupan tetapi tiba-tiba saya berjumpa dengan kata-kata ini…

“Kebanggaan terunggul bukan kerana kita tidak pernah jatuh tetapi kerana kita sentiasa bangkit semula setiap kali kita jatuh, dan bukan menjadikan kejatuhan itu sebagai alasan untuk kita terus jatuh”

Bagi saya sendiri, mungkin kata-kata ini merupakan kata-kata semangat untuk satu permulaan baru yang amat baik sekali untuk saya menghidup dan menaikkan semula semangat yang hilang ketika melalui saat-saat sukar dan juga menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam menjalani kehidupan ini walaupun ianya sukar untuk dipraktikkan.

InsyaAllah, saya akan cuba menyusun semula perancangan dan jadual saya yang semakin hari semakin sibuk dengan aktiviti-aktiviti program peribadi yang harus ditempuhi. Saya akan cuba memberikan masa saya untuk berkongsi pengalaman dengan rakan2 niaga yang baru dan yang lama yang kebanyakannya sudah lemah semangat.

Setiap hari adalah hari yang terbaik dalam kehidupan kita cuma mungkin ada beberapa perubahan yang perlu dilakukan untuk memantapkannya semula… 😉

Nantikan kebangkitan saya semula…

InsyaAllah….. Doakan kejayaan saya….

Saja luahkan perasaan ni harap jangan ada yang ambil hati yer….  🙂 hehehehe

Jun
16